Pengajian Malaysia DUB 1012
Kronologi
|
|
|
|
|
|
Pengenalan
TARIKH BERLAKU : 13 MEI 1696
KAUM YANG TERLIBAT: MELAYU DAN CINA
TARIKH BERLAKU : 13 MEI 1696
KAUM YANG TERLIBAT: MELAYU DAN CINA
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera amnya. Pengenalan ekonomi mengikut kaum umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini.Keadaan ini merupakan suatu kesanyang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa
13 Mei 1969
1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan dengan berbeza. Masyarakat Cina telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatanLayanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris
Selain itu, dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Contohnya, orang-orang Cina tinggal di kawasan bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong .
Sementara orang-orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri .
3. Latar belakang pendidikan yang berbeza
Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berdasarkan negeri asal mereka, malahan buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India . Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
4. Pertelingkahan Parti Politik
Di samping itu juga, dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpinPAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan perasaan orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan.
5. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan . Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Hakikat sebenarnya, kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah paling bawah berbanding dengan kaum Cina .
6. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara
Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk antara menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
- Melayu : 86 orang
- Cina : 342 orang
- Lain-lain : 3 orang
Kesan Peristiwa 13 Mei 1969
POLITIK:
Politik zaman Inggeris ini telah menyebabkan sistem masyarakat Negara ini yang asalnya sangat taat dan hidup di bawah pemerintahan raja dan sultan telah mengalami satu perubahan yang drastik. Hak kekuasaan raja serta sultan Melayu telah dihadkan kepada hanya menjadi lambang kepada sesebuah negeri atau negara. Kemudian penjajah Inggeris ini telah menerapkan sistem residen di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya diikuti pula dengan sistem penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Dengan adanya sistem yang berbeza antara negeri, pemerintah percaya bahawa setiap negeri tidak akan bersatu untuk menentang mereka kerana tiada persefahaman. Inilah antara kesan yang telah terpendam dalam diri masyarakat hingga tercetusnya peristiwa hitam 13 Mei. Sistem yang diperkenalkan penjajah Inggeris ini mengurangkan kuasa pemerintahan raja-raja Melayu dan pembesarnya Perkara ini telah menyebabkan satu perubahan besar dalam pentadbiran. Fungsi residen dan penasihat British yang diperkenalkan telah mengambil alih peranan yang dahulunya dimainkan oleh pembesar-pembesar Melayu terutamanya dalam soal menasihati Sultan dan mendapatkan hasil untuk negeri melalui cukai.
EKONOMI:
Kesan terhadap penjajahan Inggeris di Tanah Melayu telah mengakibatkan perubahan dalam sistem ekonomi tradisional yang telah sekian lama diamalkan di Tanah Melayu. Sistem ekonomi tradisional yang dimaksudkan adalah seperti sistem yang berasaskan sara diri, penanaman padi, penangkapan ikan, dan penternakan ladang. Sistem ini mengalami perubahan disebabkan penjajah Inggeris telah menjalankan dasar ekonomi kolonialismenya dengan menjadikan sistem ekonomi yang wujud bermatlamatkan keuntungan semata-mata.
Dalam perlaksanaan dasar ekonomi, British secara langsung dan tidak langsung telah mengasingkan kaum-kaum utama di Tanah Melayu iaitu orang-orang Cina, India dan Melayu mengikut kegiatan ekonomimasing masing. Perkara ini telah menyebabkan kaum-kaum Melayu, Cina dan India tidak dapat mempelajari untuk memahami satu sama lain. Mereka juga tidak dapat berinteraksi dengan baik dan menyebabkan kesukaran untuk mewujudkan perpaduan kaum.Perbezaan jurang ekonomi yang ketara akibat daripada dasar pecah dan perintah colonial telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga mencetuskan konflik seperti 13 Mei. Di mana masyarakat telahdikelaskan berdasarkan kepada pekerjaan dan penempatan menjadi faktor penghalang kepada proses integrasi kaum yang lebih baik.
PENDIDIKAN: Pendidikan di negara kita yang seakan-akan ikut telunjuk masing-masing dan ini tidak disukai oleh sesetengah individu. Hal ini menyebabkan banyak suara yang inginkan keadilan daripada kerajaan supaya menyamaratakan sistem. Hal ini meyebabkan ramai yang tidak bersependapat dan ada di antara kalangan anak-anak mereka yang tidak bernasib baik mendapat pendidikan kerana masalah pertelingkahan ini. Kesinambungan daripada peristiwa berdarah tersebut, kaum Cina sudah tidak bersefhaman dengan kaum Melayu di mana pada mula pemerintahan Inggeris, kaum Cina kurang mendapat tempat di hati penjajah. Bermula juga dari zaman pemerintahan Jepun di mana mereka ditindas dengan begitu kejam daripada kaum Melayu. Hal ini menyebabkan sosial di negara pada masa itu terjejas. Setiap kaum tidak bersatu dan hidup berpuak-puak. Ada yang sependapat, dan ada pula yang berlainan.
KESIMPULAN
Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara kaum,telah tercetus masalah perkauman dalam Negara.Kejadian rusuhan kaum 13 mei 1969 , merupakan kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum,terutama akibat daripada tiadanya kesefahaman,tolak ansur dan kasih sayang.Bagi merealisasikan integrasi nasional dan pementukan Negara bangsa.Maka kerajaan mengambil iktibar daripada dari kejadian tersebut dan merangka dasar – dasar yang mampu menangani masalah tersebut.Dasar dasar seperti rukun Negara ,dasar pendidikan kebangasaan ,dasar ekonomi baru dan dasar kebudayaan kebangsaan telah diperkenalkan dan di uar-uarkan keseluruh Negara supaya prinsip prinsipnya dapat dihayati oleh segenab rakyat tanpa mengira kaum.
Jadi, sebagai pengajaran semua kaum perlu mengambil peluang dan berusaha untuk mengenali Antara satu sama lain.selain itu ,setiap kaum mempunyai nilai dan budaya tersendiri serta unik.Justeru itu mana mana nilai yang positif daripada kaum lain seperti budaya berkerja dan budaya berniaga oleh orang cina boleh dikongsi bersama dengan kaum yang lain untuk Berjaya.

Rujukan
l http://tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.htmPengenalanl
Pengajian malaysia (edisi kelima) terbitan oxford fajar.
(332-335 ms)
Lampiran
Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku
Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan